Teknik Permainan Bola Tampar

Thursday, May 18, 2006

Corak-corak Pergerakan

Apabila anda bermain bola tampar, kaki anda berada diatas lantai dan kedudukan badan boleh berada pada tiga peringkat kedudukan yang berbeza- tinggi, sederhana dan rendah.Postur yang tinggi biasanya digunakan untuk servis, mengumpan dan pada kedudukan menghadang.Postur sederhana adalah paling penting kerana ianya hampir 70% digunakan didalam semasa pengambilan servis, hantaran atas kepala dan kedudukan permulaan untuk merejam. Postur rendah digunakan untuk mengambil hantaran depan dan semua bentuk pertahanan individu seperti menerpa atau berguling dan akhir sekali ialah badan berada diudara, ianya digunakan untuk merejam dan menghadang.

Bagaimana melaksanakan corak-corak pergerakan

Postur badan yang tinggi ialah kedudukan berdiri dengan kaki dalam keadaan selesa, berat badan diagihkan pada kedudukan yang sama rata.

Dalam keadaan postur sederhana berat badan anda berada didalam keadaan selesa dengan berat badan diletakkan pada bebola kaki.Lutut dibengkokkan supaya berad dihadapan kaki, tangan dan lengan berada di atas lutut dan jauh daripada badan.

Dalam postur rendah,berat badan berada dihadapan lutut dibengkokkan lebih daripada 90 darjah, lengan dan tangan berada diatas lutut jauh daripada badan. Apabila anda bergerak kearah bola dalam postur rendah , anda mestilah sempat merapati bola sebelum anda memainkan .Anda juga boleh memainkan bola sebelum bahagian anggota badan yang lain, kaki anda seboleh-bolehnya memijak lantai.

Postur tinggi



Postur sederhana



Postur rendah


Mengesan kesilapan dalam corak gerakan

Kesilapan didalam postur tergolong didalam dua kategori:

1. Pemilihan yang salah untuk kemahiran yang ditunjukkan.
2. Pemilihan yang betul tetapi melakukan didalam keadaan yang lemah. postur badan perlu dilatih supaya ianya menjadi pergerakan semulajadi didalam diri. Anda mungkin mengandaikan secara automatik postur badan yang betul untuk kemahiran yang diharapkan.

Teknik-teknik latihan asas / Volleyball Drill

Sila layari laman web ini :http://www.jes-volleyball.com/plasoundturnreceivepass.html

Cara menggunakannya :
1. Klik anak panah pada kotak kategori
2. Pilih latihan yang diinginkan
3. Pada kotak nama disebelah pilih jenis drill yang dikehendaki

Anda boleh memilih seberapa banyak latihan yang bersesuaian dengan pasukan anda.

Tapi Ingat!!! corak latihan ini memerlukan stamina yang tinggi untuk melakukan, pastikan pemain anda telah mencapai tahap kecerdasan yang sepatutnya.Jika tidak ianya akan mengakibatkan kecederaan dalaman kepada pemain anda.





<=Kembali , Seterusnya=>